Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 18 Nov 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 59
total visitor Jumlah Pelawat 1,143,923

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina 2,500 unit rumah di bawah program Rumah Spektra Permata (RSP) di seluruh negeri bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan kumpulan berpendapatan sederhana (M40) memiliki rumah sendiri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, selain itu di bawah Projek Rakyat kementeriannya menerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah memperuntukkan RM108.55 juta untuk melaksanakan 493 unit RSP di Kuching, Mukah, Kapit dan Limbang.

Beliau berkata kementeriannya merancang menyerahkan unit-unit rumah berkenaan kepada pembeli dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Kementerian saya juga menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR), juga menyediakan perumahan di bawah program pembangunan bandar.

“Di bawah program ini, MUDeNR menerusi Lembaga Pembangunan dan Lindu-ngan Tanah (PELITA) akan membina infrastruktur dan kerja berkaitan manakala HDC akan membina unit rumah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Sim berkata ketika ini di bawah program tersebut, 30 unit rumah di Kampung Datu, Sibu telah siap dibina manakala 564 unit di Darul Hana Ku-ching, tiga di Kampung Datu, Sibu dan 86 di Kemuyang, Sibu ketika ini di pelbagai peringkat pembinaan.

Menyentuh projek perumahan di bawah dana kerajaan persekutuan, beliau berkata dua projek telah diluluskan pada 2017 iaitu Program Perumahan Rakyat (RPR) Landeh, Padawan (443 unit pangsapuri) dan RPR Petra Jaya (208 unit rumah teres setingkat) dengan kedua-duanya dijadual siap menjelang 2020.

“Perumahan adalah dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan, oleh itu kementerian saya akan terus mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk kumpulan B40 di Sarawak,” katanya.

Mengenai program pinjaman rumah panjang, Dr Sim berkata kementeriannya tidak akan mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat bagi membeli bahan-bahan binaan dalam usaha membantu peng-huni membina baharu atau membaik pulih rumah panjang sedia ada.

Beliau berkata pinjaman maksimum bagi setiap pintu ialah RM50,000 dan jumlah pemohon yang layak menerima pinjaman ini bergantung kepada jumlah peruntukan tahunan disediakan kerajaan persekutuan.

“Bagi 2019, kementerian saya telah memohon RM50 juta bagi tujuan ini, tetapi malangnya hanya RM10 juta diluluskan. Kementerian saya akan terus memohon lebih banyak dana daripada kerajaan persekutuan bagi tujuan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Sim berkata sehingga 6 April tahun ini sebanyak 477 kes denggi dilaporkan di Sarawak berbandig 151 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 215.9 peratus.

Setakat 6 April 2019 juga katanya, 823 kes tuberkulosis dilaporkan berbanding 792 kes pada 2018, peningkatan 3.9 peratus.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengambil langkah-langkah bagi mengesan sebanyak mungkin kes menerusi saringan sistematik dan memulakan rawatan awal bagi membendung serta me-ngawal penularan penyakit ini,” katanya.



Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/08/2500-unit-rumah-spektra-permata-akan-dibina-di-seluruh-sarawak