picture

 

Latar Belakang Majlis Daerah Subis


Picture

| Peta yang menujukkan kawasan Majlis Daerah Subis |

 

Picture

Bangunan Pejabat Majlis Daerah Subis |


Kawasan Majlis Daerah Subis meliputi lebih kurang 3,729.68 km². Pada hakikatnya kawasan Majlis Daerah Subis adalah sebahagian daripada kawasan Bahagian Miri dan dikelilingi oleh Laut China Selatan, Daerah Miri, Daerah Baram dan Bahagian Bintulu. Dengan lokasi ini juga maka persempadanan kuasa tempatan yang terlibat dengan Majlis Daerah Subis adalah dengan Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Marudi dan Lembaga Kemajuan Bintulu.

 

Meliputi kawasan Majlis Daerah Subis terdapat dua buah daerah kecil masing-masing dengan pusat pentadbiran sendiri iaitu pusat pentadbiran Daerah Kecil Sibuti dengan keluasan 842.47 km² dan pusat pentadbiran Daerah Kecil Niah-Suai yang meliputi keluasan 2, 887.21 km² yang berpusat di Pekan Sepupok, Niah. Terdapat tiga buah pekan perniagaan utama di Majlis Daerah Subis iaitu Pekan Bekenu-Sibuti, Sepupok-Niah dan Batu Niah.

 

Berdasarkan data Bancian Penduduk 1991, Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk lebih kurang 39, 601 orang penduduk. Berasaskan kepada Banci Penduduk 2000 yang disesuaikan mengikut PBT Sarawak, 2008 Majlis Daerah Subis mempunyai anggaran penduduk lebih kurang 54,600 orang penduduk.  Angka ini meningkat dengan kelahiran baru serta penghijrahan pekerja-pekerja kepelbagaian pusat pekerjaan seiringan dengan pertumbuhan pesat ladang-ladang pertanian di Daerah Subis.