Perutusan Setiausaha
PERUTUSAN SETIAUSAHA
Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang
‘Walking Extra Miles’.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis (MDS), platform rasmi yang menyediakan maklumat, perkhidmatan dan inisiatif terkini demi kesejahteraan masyarakat di daerah ini.
Berlandaskan visi untuk menjadikan Subis sebuah daerah yang bersih, indah, selamat, sejahtera dan mampan, MDS sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, berintegriti dan mesra pelanggan. Setiap langkah yang diambil adalah selari dengan misi kami untuk membangunkan kawasan pentadbiran secara terancang, memelihara kelestarian alam sekitar, memperkukuh ekonomi tempatan, serta memperkasakan komuniti melalui penyertaan aktif semua pihak berkepentingan.
Seiring dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MDS memberi penekanan kepada peningkatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti (SDG 3), pengukuhan program pendidikan dan kesedaran awam (SDG 4), serta pembangunan bandar dan komuniti yang berdaya tahan dan lestari (SDG 11). Pada masa yang sama, kami menggalakkan penggunaan sumber secara bijak dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab (SDG 12) bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. Semua ini dilaksanakan dengan semangat kerjasama erat bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umum (SDG 17).
Dengan semangat kerjasama dan sokongan padu daripada seluruh warga Subis, saya yakin daerah ini akan terus berkembang sebagai sebuah komuniti yang maju, harmoni dan mapan – memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan hak generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”
Stella Jelica Joseph
Setiausaha,
Majlis Daerah Subis