picture

 

Perutusan Pengerusi


 

PERUTUSAN PENGERUSI

Selamat Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis

 

Dalam mentadbir dan menguruskan kawasan di bawah bidangkuasa Majlis yang luas (3,729.68 km²) dengan system kependudukan yang bertaburan dan sumber (resources) Majlis yang terhad, sudah tentu timbul masalah dan kesukaran bagi pihak Majlis semasa melaksanakan tugas dan program pembangunan yang menyeluruh.  Justeru itu, perubahan dan pembaharuan harus dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan yakni penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk khasnya pembayar cukai yang di bawah bidangkuasa Majlis. 

Salah satu daripadanya ialah mewujudkan Laman Web Majlis.  Melalui kemudahan ini, diharapkan supaya penyaluran maklumat dan jalinan komunikasi di antara orang awam dan Majlis dapat dipertingkatkan,  Selain itu, orang ramai juga dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam fungsi, jenis perkhidmatan, kemudahan infrastruktur, rekreasi dan sukan yang disediakan serta aktiviti atau program yang diadakan oleh Majlis sepanjang tahun.  Bukan setakat itu sahaja, orang awam juga digalak memberi saranan, pandangan, ulasan dan juga teguran yang membina supaya pihak Majlis dapat memperbaiki kelemahan dan kepincangan yang dikenalpasti sekaligus dapat mengurangkan kemungkinan timbul pandangan negetif atau salah faham orang awam terhadap polisi atau tindakan Majlis. 

Oleh itu, saya mengingatkan pegawai dan kakitangan Majlis supaya  sentiasa peka terhadap keperluan penduduk dan juga maklumat yang disebarkan melalui internet selain menyemai semangat kerja berpasukan dan menghayati etika dalam perkhidmatan awam.  Bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap Majlis sentiasa terpelihara, maka sikap mengutamakan tugas, displin dan intergriti diri perlu dijadikan pegangan oleh semua kakitangan.  Saya juga menyeru kepada orang awam supaya menanam rasa tanggungjawab terhadap infrastruktur dan kemudahan awam atau rekreasi yang disediakan disamping memastikan tahap kebersihan persekitaran berada di tahap yang terbaik. 

Akhir sekali, kita sama-sama mengimbas kembali untuk melihat kemajuan, kelemahan dan sumbangan kita di masa lalu dengan tujuan mencari iltizam dan menanam keazaman untuk merealisasikan visi dan misi Majlis.

 

Sekian, terima kasih.

 

Puan Norlila binti Haji Ulis,

Pengerusi,

Majlis Daerah Subis.