2. Apakah jenis-jenis bil yang boleh dibayar di kaunter Majlis Daerah Subis
Bil-bil cukai taksiran
Lesen Perniagaan
3. Apakah itu cukai taksiran?
Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Subis seperti:-
Bangunan Kediaman
Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan dan lain-lain)
Bengkel dan Stesen Minyak
Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)
4. Apakah jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai taksiran?
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 134,Akta Kerajaan Tempatan,1976 apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata sebagai :
tempat awam bersembahyang
tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
sekolah awam,atau
tempat awam,bagi maksud khairat atau bagi maksud sains atau seni halus
dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang,maka Pihak Berkuasa Negeri dengan budi bicaranya boleh mengecualikan pegangan itu atau mana2 bahagian pegangan itu daripada sebarang kadar bayaran.
5. Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?
Penyelenggaraan Jalan - Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.
Pungutan Sampah - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipunggut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak.
Lampu Jalan - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dengan lampu jalan yang terdekat.
Levi - Levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.
6. Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai taksiran dan levi?
Tarikh akhir pembayaran cukai taksiran dan levi perladangan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak bagi tahun semasa adalah diselaraskan seperti berikut :