Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis
Kawasan Majlis Daerah Subis meliputi lebih kurang 3,729.68 km². Pada hakikatnya kawasan Majlis Daerah Subis adalah sebahagian daripada kawasan Bahagian Miri dan dikelilingi oleh Laut China Selatan, Daerah Miri, Daerah Baram dan Bahagian Bintulu. Dengan lokasi ini juga maka persempadanan kuasa tempatan yang terlibat dengan Majlis Daerah Subis adalah dengan Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Marudi dan Lembaga Kemajuan Bintulu.
LagiSiaran Akhbar, 08 November 2025
MIRI, 8 Nov: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh literasi dan kesejahteraan kesihatan rakyat melalui penubuhan Wellness Hub yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan secara komprehensif di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, Wellness Hub yang sedang dibina di Sibuti akan menjadi yang terbesar di Malaysia. “Pembinaan bermula Julai 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan,” katanya selepas perasmian Festival Sihat Itu Saya: Jelajah Wow Zoomers Bersama MyChampion Hari Bertemu Pelanggan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bekenu, hari ini. Menurutnya, Wellness Hub akan menumpukan penilaian faktor risiko kesihatan, rundingan gaya hidup sihat, pengurusan berat badan, aktiviti fizikal seperti gimnasium dan studio tarian, sokongan berhenti merokok serta program komuniti bagi kesejahteraan rakyat. “Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat di Parlimen Sibuti dan Sarawak, malah merangkumi pembangunan 38 Wellness Hub lain di seluruh negara termasuk Keningau, Tawau, Batu Pahat, Johor Bahru, Perlis dan Terengganu,” ujarnya.-TVS
Siaran Akhbar, 04 February 2025
NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON DAN FAKS
Siaran Akhbar, 12 January 2022
Pelan Antirasuah Organisasi 16 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak (OACP19 PBT) 2022-2026 Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun Pelan Antirasuah Organisasi 16 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak (OACP19 PBT) 2022-2026 OACP19 PBT Majlis Daerah Subis 2022-2026
Siaran Akhbar, 01 May 2025
PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN SECARA DIGITALISASI