Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 8 Dis 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 21
total visitor Jumlah Pelawat 1,158,658

BARAM: Ops Rabies akan diadakan pada 27 Oktober sehingga 6 November 2019 melibatkan kawasan di Daerah Marudi, Beluru dan Telang Usan.

Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai berkata operasi ini akan melibatkan penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan ketua-ketua masyarakat.

“Operasi ini akan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang ahli.

“Mereka terdiri daripada kakitangan agensi terlibat dan juga seorang Ketua Kaum daripada setiap rumah panjang atau kampung terlibat akan dilantik sebagai “pointer” yang akan mengesahkan anjing-anjing liar yang tidak bertuan di kawasannya,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kes rabies telah dikesan di beberapa buah kampung di Telang Usan.

Turut dibincangkan ialah penentuan kawasan-kawasan yang akan dijalankan Ops Rabies terutama di kawasan Telang Usan.

“Tiga kawasan utama telah dipilih untuk dijalankan operasi pembersihan melibatkan Long San, Long Lama dan Long Bedian.

“Long San, 3 November 2019 – Kampung Long San, SMK Temenggong, Oyong Lawai Jau, SK St. Pius, Airport Long San, Kampung Long Liam, Kampung Long Liwe’, Kampung Long Tap, Kampung Tanjong Tepalit dan Kilometer 10.

“Long Lama, 4 November 2019 – Kampung Long Banyok, Kampung Long Miri, Kampung Long Ikang, Kampung Long Pillah, Kampung Long Laput dan Kampung Sungai Dua.

“Long Bedian 5 November 2019 – Kampung Long Bedian, SK 9, Kampung Long Latei, Kampung Long Wat, Kampung Long Bemang, Kampung Long Atip dan Kampung Long Kevok,” katanya.

Sementara itu, Ops Rabies di Daerah Beluru pegawai kerajaan yang terlibat akan ditempatkan di dua buah panjang iaitu Rh. Egang di Sungai Selepin dan Rh Jantau Sg Bakas selepas rumah tumpangan di Taman Negara Loagan Bunut ditutup kerana masalah ketiadaan air pada waktu kemarau ini.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2019/09/27/ops-rabies-di-marudi-beluru-dan-telang-usan/