Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis
Kawasan Majlis Daerah Subis meliputi lebih kurang 3,729.68 km². Pada hakikatnya kawasan Majlis Daerah Subis adalah sebahagian daripada kawasan Bahagian Miri dan dikelilingi oleh Laut China Selatan, Daerah Miri, Daerah Baram dan Bahagian Bintulu. Dengan lokasi ini juga maka persempadanan kuasa tempatan yang terlibat dengan Majlis Daerah Subis adalah dengan Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Marudi dan Lembaga Kemajuan Bintulu.
LagiPress Release, 01 February 2024
RABU, 31 JANUARI 2024 KUCHING: Transformasi digital memainkan peranan penting untuk pembangunan Sarawak kerana ia akan memperkasakan sektor ekonomi Sarawak ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee berkata, semua pihak perlu bekerjasama dalam mendigitalkan perkhidmatan kerajaan di agensi masing-masing. Menurut beliau, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU) telah membangunkan satu senarai perkhidmatan kerajaan yang lengkap dan merencana proses digitalisasi secara berperingkat. “Kita telah menetapkan beberapa sasaran penting dalam PCDS 2030 di mana semua perkhidmatan kerajaan hendaklah disediakan secara ‘end-to-end’ atau secara sepenuhnya atas talian menjelang 2030. “Ini termasuklah dari mula-mula sesuatu perkhidmatan tersebut dimohon, diproses dan seterusnya disampaikan kepada rakyat. “Ini bermaksud setiap perkhidmatan atau transaksi oleh kerajaan kepada rakyat adalah tanpa bersemuka dan juga tersedia pada bila-bila masa,” katanya ketika menyempurnakan Program Minggu Digitalisasi SCSDU di sini pada Rabu. Datu Hii menambah, dalam membangunkan pelan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), SCSDU akan menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk atau ‘design thinking’ di mana setiap agensi akan cuba memahami perspektif pengguna perkhidmatan. Selain itu ujarnya, proses digitalisasi ini juga memerlukan penglibatan semua pihak selaku penggerak di peringkat agensi masing-masing dalam inisiatif strategik Kerajaan Sarawak. Program Minggu Digitalisasi SCSDU diadakan selama lima hari bermula sejak 29 Januari hingga 2 Februari 2024 yang disertai seramai 170 penjawat awam dari pelbagai agensi. Untuk rekod, pada hari ketiga Program Minggu Digitalisasi SCSDU mengetengahkan topik berkenaan data yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib dan topik berkaitan Platform Pengurusan Perkhidmatan Bersepadu (ISM) yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah SCSDU, Michelle Wong. Turut hadir, Pengarah SCSDU, Grace Huong, Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng, CEO Sarawak Information Systems Sdn. Bhd (SAINS), Busai Seman serta tetamu yang lain. -EDISI UKAS
Press Release, 24 January 2024
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Para pekebun kecil di Sibuti menghadapi isu jalan kebun yang kritikal bagi mengangkut hasil pertanian mereka untuk dijual. Menurut Ahli Parlimennya, Lukanisman Awang Sauni, Sibuti mempunyai populasi pekebun kecil terbesar di Sarawak yang mengusahakan pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit. Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian terhadap isu di lapangan yang membelenggu rakyat di kawasannya. “Jika tiada tindakan diambil untuk menaik taraf jalan kebun, pendapatan mereka akan terkesan dan ini boleh mendatangkan masalah ekonomi yang teruk kepada penduduk terutamanya yang tinggal di luar bandar,” kata Lukanisman ketika ditemui TVS di sini. Selain itu, Lukanisman memberitahu masalah lain yang turut membebankan golongan pekebun pada masa ini adalah peningkatan harga baja dan racun serangga. “Ini telah meningkatkan lagi kos operasi mereka dan saya berharap kementerian yang berkaitan akan mengambil tindakan intervensi yang sewajarnya untuk membantu dan membela nasib pekebun-pekebun kita yang juga telah memberikan sumbangan besar kepada pendapatan negara pada tahun 2022,” tambah beliau lagi. – TVS Sumber: https://www.tvsarawak.my/2023/02/24/jalan-kebun-sangat-kritikal-untuk-pekebun-sibuti/#
Press Release, 14 November 2023
KUCHING, 13 Nov: Kes rabies yang masih mencatat peningkatan di Sarawak memerlukan langkah pencegahan awal diberi perhatian serius bagi mengelakkan wabak berkenaan menjadi sukar dikawal. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerjasama daripada semua pihak bertanggungjawab memainkan peranan penting bagi mengurangkan kadar kes rabies tersebut. “Kita memerlukan kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), pencinta anjing, pemilik anjing dan komuniti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Hal ini kerana wabak rabies bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil mudah. “Sebaik sahaja anda digigit anjing, anda mesti mendapatkan rawatan perubatan kerana rabies boleh dirawat dan dicegah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan 2023 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Hotel Raia di sini, malam tadi. Jelasnya lagi, dalam usaha bagi membanteras peningkatan kes yang membimbangkan, pihak kementeriannya kini dalam perbincangan untuk mengadakan Pusat Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. “Sejak tahun 2017, kes pertama rabies sehingga kini bermakna langkah-langkah yang kita lakukan tidak cukup berjaya bagi mencegah wabak rabies. Perkara yang perlu kita lakukan adalah mencari jalan dengan menerima pakai teknologi baharu dan cara-cara baharu untuk mencegah wabak rabies ini. “Pada masa yang sama, kita dalam perancangan dan perbincangan ingin mempunyai Pusat Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sarawak. Saya dan pihak kementerian akan memberi sokongan sepenuhnya kerana ini adalah sesuatu yang kita lakukan selaras dengan PCDS 2030,” ujarnya lagi. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr Adrian Susin Ambud. Majlis Penghargaan 2023 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak turut menyaksikan penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan. – TVS Sumber: https://www.tvsarawak.my/2023/11/13/kes-rabies-di-sarawak-yang-masih-meningkat-perlu-diberi-perhatian-serius-stephen-rundi/
Press Release, 21 January 2024
Pusat Khidmat Parlimen Sibuti merancang perluaskan Jualan Rahmah Bergerak ke Bekenu dan Lambir bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat manfaat daripada inisiatif program Kerajaan Madani tersebut. Sumber: https://www.astroawani.com/videos/awani-borneo-x7ko9t/bergerak-ke-bekenu-lambir-bantu-ringakankan-beban-rakyat-x8rne6d
Press Release, 09 April 2024
PERTANDINGAN VIDEO "MEMASAK APA HARI INI SEMPENA HARI RAYA 2024"
Press Release, 01 February 2024
Sila imbas QR Code yang tertera untuk muat turun Laporan Tahunan Majlis Daerah Subis untuk tahun 2023
Press Release, 12 January 2022
Pelan Antirasuah Organisasi 16 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak (OACP19 PBT) 2022-2026 Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun Pelan Antirasuah Organisasi 16 Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak (OACP19 PBT) 2022-2026 OACP19 PBT Majlis Daerah Subis 2022-2026