Berita

Pelaksanaan PKPB mendapat reaksi positif masyarakat
Tarikh : 13 Jan 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat (PKPB) di tiga Zon Merah melibatkan Kuching, Sibu dan Miri mendapat reaksi positif daripada masyarakat di bandar raya ini.

Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Borneo semalam akur dan menyokong penuh keputusan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan PKPB bermula hari ini (13 Januari) hingga 26 Janua-ri atas faktor keselamatan rakyat.

Seorang peniaga dalam tali-an, Siti Nuraini Bashar Mohd Yusuf, 24, berkata, PKPB yang akan dilaksanakan mulai 13 Januari ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam mengutamakan keselamatan rakyat.

Menurut beliau, semua pihak perlu terus berusaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 sehingga jumlah kes yang positif tidak bertambah lagi.

“Dalam tempoh dua minggu ini sahaja, kita lihat beberapa kawasan di negeri ini termasuk Kuching telah menunjukkan peningkatan kes COVID-19 yang amat drastik sehingga menyebabkan timbulnya kluster baharu. Situasi ini amat membimbangkan.

“Maka itu, kita tidak boleh lagi lalai  dan perlu bersikap lebih berdisiplin dengan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang PKPB,” katanya yang menetap di kawasan perumahan Jalan Nanas di sini.

Pendapat Siti Nuraini itu turut disokong seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Mahathir Abang, 44, yang menyambut baik tindakan kerajaan itu dalam usaha memutuskan rantaian CO-VID-19.

Mahathir yang berasal dari Petra Jaya berkata, rakyat perlu sedar akan bahayanya wabak ini kepada mereka terutama dari segi faktor kesihatan.

“Ini kerana jika tidak ditangani lebih serius, ia boleh menyebabkan kematian dan seterusnya merencatkan pertumbuhan sektor ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Shayful Faddelen,33, yang bekerja sebagai operator kilang me-nyifatkan keputusan yang diambil Kerajaan Sarawak merupakan tindakan tepat untuk menghentikan penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Jelas Shayful dari Taman Alamanda, Matang, lara-ngan pergerakan terutama rentas daerah ke tiga Zon Merah wajar dilaksanakan bagi mengekang COVID-19 daripada merebak ke daerah Zon Hijau yang lain.

“Oleh yang demikian, saya harap rakyat Sarawak yang berada di Zon Merah akan mematuhi PKPB selama dua minggu ini supaya tempoh itu tidak disambung lagi.

“Jika tiada urusan, kita perlu duduk di rumah bersama keluarga tanpa perlu keluar merata-rata yang sudah pasti mendatangkan risiko jangkitan wabak,” katanya.

Pegawai kebudayaan daripada Majlis Seni Sarawak (MSS), Tuah Jili pula berasa lega dengan keputusan yang diambil kerajaan untuk melaksanakan PKPB susulan kes COVID-19 yang me-ningkat.

“Saya setuju dengan tindakan ini apatah lagi wabak COVID-19 masih berada di sekeliling kita.

“Dengan langkah ini, rakyat akan sedar kerajaan bahawa berusaha sedaya upaya menghentikan penularan wabak ini dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit demi keselamatan rakyat,” katanya.

Harapan saya agar Sarawak akan terhindar daripada gejala pandemik ini, malah kita dapat meneruskan kehidupan harian seperi dahulu tanpa ada rasa ketakutan dan sebagainya, tambah beliau.  



Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/13/pelaksanaan-pkpb-mendapat-reaksi-positif-masyarakat