Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 19 Okt 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 12
total visitor Jumlah Pelawat 1,122,522
Rakyat berharap Pantai Tusan segera dibuka
Tarikh : 27 Sep 2019  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

SUBIS: Projek Pembangunan Pelancongan di Pantai Tusan perlu dipercepatkan bagi membolehkan pantai ini dibuka kepada orang ramai sekali gus menjana pendapatan dan ekonomi penduduk.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata rakyat mengharapkan Pantai Tusan ini dapat dibuka sebaik sahaja kerja-kerja pembangunan selesai seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Kita harap perjumpaan hari ini dengan kontraktor dan perunding dapat mempercepatkan projek ini.

“Kita juga mahu memastikan perjalanan projek ini lancar tanpa sebarang masalah atau terganggu sehingga menyebabkan projek ini terhenti.

“Jika terhenti, kawasan Pantai Tusan ini tidak dapat dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Projek Pembangunan Pelancongan Pantai Tusan ini menelan belanja RM5 juta yang sedang disiapkan kontraktor di bawah Majlis Daerah Subis.

Siapnya projek ini akan merancakkan ekonomi penduduk setempat seterusnya mempromosikan Pantai Tusan kepada pelancong di dalam dan luar negara.

Sehingga kini projek tersebut telah siap sebanyak 10 peratus dan berharap ianya dapat disiapkan sebelum jadual sebenar iaitu 12 Februari 2020.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu turut menyatakan mahu memastikan segala projek Kerajaan Sarawak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu siap mengikut jadual termasuk Projek Mini Stadium dan Projek Kampung Abai.

“Kita mahu memastikan Projek Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Kita juga tidak mahu rakyat melihat Kerajaan Negeri cakap sahaja, tetapi tidak ada.

“Sekiranya projek ini mempunyai masalah kecil, ia perlu diselesaikan segera supaya progres projek berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2019/09/27/rakyat-berharap-pantai-tudan-segera-dibuka/