Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil


online visitor Pelawat Di Talian 19
total visitor Jumlah Pelawat 1,271,398
11 lagi kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak - Uggah
Tarikh : 16 Mar 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 11 lagi kes COVID-19, menjadikan jumlah kes berkenaan setakat ini 20. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam kenyataannya hari ini berkata daripada 11 kes berkenaan, lapan di Miri dan satu masing-masing di Kuching, Bintulu dan Sarikei.

"Manakala lapan kes di Miri mempunyai hubungan dengan kluster jemaah yang menghadiri tabligh Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur. Kami masih mengenal pasti punca kes-kes di Kuching, Sarikei dan Bintulu. Jabatan Kesihatan Negeri masih mengenal pasti puncanya," katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menambah, pada Sabtu jawatankuasa itu telah menubuhkan kumpulan petugas khas untuk mengesan 400 orang yang datang ke Sarawak dari Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan udara di empat lapangan terbang utama di negeri ini untuk tarikh 2 hingga 5 Mac 2020.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan amalan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta mematuhi garis panduan ditetapkan apabila berada di khalayak ramai.

Orang ramai juga dinasihat agar mendapat perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak menerusi halaman Facebook JPBN Sarawak.

 

 

Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/15/11-lagi-kes-baharu-covid-19-direkodkan-di-sarawak-uggah