Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 8 Dis 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 47
total visitor Jumlah Pelawat 1,158,685
RM91.18 juta diluluskan kepada 24 PBT laksana 469 projek infrastruktur
Tarikh : 15 Nov 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM91.18 juta tahun ini kepada 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan 469 projek infrastruktur.

Menterinya Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata projek itu termasuk perparitan, landskap, jalan, lampu jalan, lampu isyarat, tandas awam, jeti dan pasar tamu.

Setakat ini katanya, 290 projek telah siap manakala 179 lagi projek berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Selain daripada ini, di bawah Jawatankuasa Kabinet Bagi Transformasi Luar Bandar, kementerian saya juga telah menerima peruntukan RM14.4 juta tahun ini bagi 12 projek mitigasi banjir.

“Daripada jumlah ini, tiga projek telah siap dan dua lagi projek akan disiapkan hujung tahun ini dengan baki tujuh lagi projek dijadual siap pada 2020,” katanya.

Dr Sim berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) pula, setakat Oktober 2019 sebanyak 602 projek berjumlah RM86.99 juta diluluskan pelaksanaannya oleh 23 PBT dan setakat ini, sebanyak 164 projek telah siap.

“Sebagai tambahan kepada ini, 97 projek telah diluluskan di bawah Projek Rakyat sejak 2018 dengan jumlah peruntukan RM793.19 juta.

“Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan PBT.

“Baru-baru ini, 35 projek telah siap dan 63 projek berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

Di bawah Sistem  Rekod  Maklumat Jalan Malaysia (MARRIS) pula, peruntukan berjumlah RM322.6 juta diluluskan bagi 24 PBT.

Setakat 31 Oktober 2019, RM276.35 juta telah diagihkan oleh Setiausaha Kewangan Negeri.

Sebagai tambahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan telah memperuntukan RM30.94 juta bagi 26 PBT di Sarawak untuk melaksanakan 107 projek infrastruktur kecil dengan 62 projek telah siap.


Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/12/rm9118-juta-diluluskan-kepada-24-pbt-laksana-469-projek-infrastruktur