Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 19 Okt 2019
Versi 8.2.2
online visitor Pelawat Di Talian 5
total visitor Jumlah Pelawat 1,122,424
KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak menang Anugerah Emas di Jepun
Tarikh : 01 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak memenangi Anugerah Emas di International Convention Quality Control Circle (ICQCC) baru-baru ini.

Menurut kenyataannya kelmarin, sekali lagi kumpulan KIK negeri ini telah mempamerkan kecemerlangan di peringkat antarabangsa dengan melakar sejarah apabila empat projek dipertandingkan kesemuanya memperolehi anugerah tersebut.

Konvensyen berprestij itu merupakan anjuran United of Japanese Scientists and Engineers (JUSE) berlangsung pada 21 hingga 27 September di KEIO Hotel, Tokyo.

Ia diadakan dengan kerjasama badan-badan produktiviti di setiap negara yang berperanan seperti MPC di Malaysia.

Konvensyen tersebut disertai 16 negara daripada benua Asia, Eropah dan Amerika serta melibatkan 370 kumpulan.

Delegasi Malaysia merupakan penyertaan ketiga terbesar dan pasukan Sarawak diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion bersama Kumpulan DO IT 3 (Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak), Kumpulan THE HUMMER (Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak - PUSAKA), Kumpulan FORCESCAP (Majlis Bandaraya Miri) dan Kumpulan JAGU (Majlis Daerah Sri Aman) serta beberapa pemerhati.

Pencapaian kali ini merupakan pencapaian terbanyak dan amat bermakna kerana ia selari dengan genapnya 10 tahun kerangka pelan tindakan SCS 10-20 Transformation Journey.

Menurut Jaul, beliau gembira budaya kerja inovatif dan kreatif telah tertanam dalam kalangan agensi perkhidmatan awam di sini.

Beliau menyeru supaya ketua jabatan memainkan peranan penting menyemarakkan budaya kepekaan yang mementingkan inovasi dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan.

Pencapaian kejayaan tersebut tambahnya, juga merupakan hasil usaha berterusan kumpulan dan kerjasama tinggi pengurusan di peringkat agensi terutama Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN) dalam memastikan budaya inovasi dan kualiti terus semarak dibudayakan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.


Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/01/kik-perkhidmatan-awam-negeri-sarawak-menang-anugerah-emas-di-jepun