Waktu Operasi :
· Isnin – Khamis : 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari,2.00 Petang – 3.00 Petang.
· Jumaat: 8.00 Pagi – 11.30 Pagi, 2.15 Petang – 3.00 Petang.
Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak di dalam bidangkuasa Majlis. Cukai taksiran adalah merupakan satu sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hasil dari cukai taksiran digunakan untuk menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 134,Akta Kerajaan Tempatan,1976 apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata sebagai :
- tempat awam bersembahyang
- tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
- sekolah awam,atau
- tempat awam,bagi maksud khairat atau bagi maksud sains atau seni halus
dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang,maka Pihak Berkuasa Negeri dengan budi bicaranya boleh mengecualikan pegangan itu atau mana2 bahagian pegangan itu daripada sebarang kadar bayaran.
Tarikh akhir pembayaran cukai taksiran dan levi perladangan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak bagi tahun semasa adalah diselaraskan seperti berikut :
Cukai Taksiran
Setengah Tahun pertama (1st Half) -31 Mei
Setengah Tahun Kedua (2nd Half) -31 Oktober
Sepanjang Tahun (Whole Year) -31 Oktober
Levi
Sepanjang Tahun (Whole Year) - 31 Oktober